SELAMAT DATANG KE LAMAN PERSATUAN ORANG SUNGAI-RANAU
Orang Sungai merupakan salah satu dari suku kaum asli di Sabah. Orang Sungai kebanyakannya menetap di kawasan Kinabatangan, Sukau, Bukit Garam, Sandakan, Kota Marudu, Beluran, Pitas, Paitan Tongod, Pinangah, Sapi-Nangoh Telupid, Ranau, Kota Kinabalu, Mambakut dan Lahad Datu. Kebanyakan orang sungai menganut agama Islam, tetapi terdapat juga sebahagian yang menganut agama Kristian dan animisme ( Tiada agama) khususnya di kawasan Tongod, Pinangah, Lahad Datu dan Paitan. Menurut Persatuan Orang Sungai Sabah (SABAS) terdapat 32 sub-etnik dan kumpulan dialek orang sungai, antaranya ialah:
- Begahak
- Bengkoka
- Buludupi
- Dewara
- Dumpas
- Idahan
- Inakong
- Kalabuan
- Kuamut
- Lingkabau
- Liwago
- Makiang
- Mangkaak
- Milian
- Paitan
- Pingas
- Puawang
- Rumanau
- Sebangan
- Segaliud
- Segama
- Segilitian
- Sinobu
- Sinorope
- Subpan
- Sugud
- Sukang
- Suyat
- Tambangan
- Tinagas
- Tindakon
- Tombonuo
Walaubagaimanpun, terdapat sesetengah sub-etnik ini lebih merujuk kepada nama tempat contohnya Liwago ( Salah satu nama sebatang sungai di Daerah Ranau) Sugud dan Lingkabau juga salah satu nama tempat.
Suku kaum Orang Sungai ini dibahagikan kepada beberapa sub-etnik mengikut penggunaan bahasa sukuan/linguistik.
1. Orang-orang sungai di kawasan Beluran, Ranau, Paitan, Labuk, Pitas dan Beaufort mempunyai bahasa sukuan yang SAMA kerana menggunakan dialek Paitanik. Contohnya:
- Onoh walon muno yuk.? ( Kamu buat apa.?)
- Moingin aku soh ikau ( Saya suka kamu)
- Somboh ongkiat mu.? (Kamu dari mana.?)
2. Manakala Suku Orang Sungai di kawasan Segaliud, Bukit Garam, Kuamut, Segama dan bahagian Tongod mempunyi bahasa sukuan dan dialek yang sedikit berbeza dengan Sungai Paitanik kerana Orang Sungai di kawasan ini mempunyi pengaruh bahasa dusun yang ketara. Contohnya:
- Nah, nosorob yoh kereta noh. (Nah kereta itu sdh terbakar)
Nosorob adalah salah satu perkataan dusun yang membawa bermaksud terbakar.
3. Orang Sungai di kawasan Sukau pula mempuyi pengaruh dialek "Idahan". Kawasan ini termasuklah kampung-kampung sekitar Gua Madai dan Kg. Sepagaya di Lahad Datu. Contoh ayat:
- Mbah suruu kau.? (Kau pergi mana.?)
Tidak ramai orang yang mengetahui tentang suku kaum orang sungai, kerana kurangnya pendedahan media cetak dan internet. Selain itu, selama ini suku kaum orang sungai ini juga telah dimasukkan dalam kelompok suku kaum Kadazan-Dusun hanya kerana berkongsi adat resam dan bahasa yang hampir serupa. Maka, orang lain akan beranggapan bahawa orang sungai adalah orang dusun. Tetapi jika diperhatikan tidak banyak persamaannya kerana masing-masing mempunyi identiti sendiri.
RANAU
Ranau [ra.naʊ] adalah sebuah daerah yang terletak di Sabah, Malaysia. Daerah Ranau terletak di bahagian Pantai Barat dan bersempadan dengan Bahagian Sandakan ke Timur sehingga ke Bahagian Sempadan Negeri. Ranau terletak 108km (67 batu) Timur Kota Kinabalu dan 227km (141 batu) Barat Sandakan. Menurut bancian penduduk pada tahun 2010, jumlah penduduk di Daerah Ranau seramai 94,092 orang. Majoriti penduduk di daerah ini adalah Suku Kaum Orang Dusun.
Ranau terkenal dengan struktur muka bumi yang berbukit bukau dan pengeluar terbesar sayur sayuran tanah tinggi. Selain itu, Daerah Ranau juga terkenal sebagai kawasan pelancongan seperti Kolam Air Panas Poring, Taman Teh Sabah dan Luanti.
Ranau juga merupakan kawasan perlombongan terbesar di Malaysia - Lombong Tembaga Mamut pada masa dahulu, sebelum dihentikan operasi pada tahun 1999. Kesan daripada aktiviti perlombongan itu, Ranau telah menjadi sebuah bandar yang berkembang maju.
KAMPUNG KAINGARAN
Kampung Kaingaran merupakan sebuah kawasan perkampungan di daerah Ranau yang terletak jauh di pedalaman. Jarak antara Pekan Ranau dan Kg Kaingaran kira-kira 89km dan mengambil masa selama selama 2 jam 30 minit. Perhubungan jalan raya di kawasan kampung menuju ke Pekan Ranau ialah jalan tidak berturap (Gravel). Pada tahun 2008 yang lepas jalan raya Ranau-Malinsau telah mendapat projek naik taraf. Walaubagaimanpun, projek tersebut kelihatan telah terbengkalai, bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan keadaan cuaca yang tidak menentu mungkin menyukarkan projek ini dilaksanakan.
Dulu Kg.Kaingaran termasuk dalam daerah Beluran kerana ia berada dalam kawasan Beluran. Tetapi, memandangkan Pekan Beluran agak jauh dari kawasan Kg. Kaingaran maka pusat perhubungan telah dipindahkan ke Pekan Ranau.
Penduduk Kg.Kaingaran ini terdiri daripada 3 suku kaum utama iaitu Orang Sungai, Dusun Telantang (Bukit) dan Dusun Tinagas. Orang-orang sungai di Kg.Kaingaran menganut agama islam manakala orang-orang dusun pula menganut agama Kristian. Datuk Panglima Ali merupakan pemimpin orang sungai yang terkenal pada masa dahulu. Beliau amat disegani oleh penduduk Kg. Kaingaran pada masa itu. Kawasan perkampungan utama Orang Sungai pada masa dahulu ialah Kg. Kotog, Kg. Meridi dan Merudau. Kg. Kotog diambil daripada nama sebatang sungai kecil yang mengalir di kawasan itu. Manakala nama Kg. Meridi pula diambil daripada sebuah kawasan sungai yang berpusar. Kawasan sungai ini dipercayai berpenunggu, pada mulanya namanya ialah "rurumidi" yang bermaksud "pandai mendidih" kerana ada masa-masa tertentu kawasan sungai ini akan memuntahkan buih seperti air yang sedang mendidih. Menurut cerita orang tua-tua sungai di kawasan ini pernah mendidih sehingga menjadi kuning pekat memuntahkan lugu (kayu yang besar) yang terpendam di dasar sungai. Merudau pula diambil daripada nama sebuah batu yang besar yang terletak di tengah-tengah Kg.Kotog dan Kg Meridi.

hi, saya orang sungai dari segaliud.
ReplyDeleteerm boleh buat sedikit pembetulan,
sebab bahasa sungai yang digunakan di tempat kami adalah sama dengan bahasa sungai yang digunakan di sukau,bukan bukit garam,kuamut dan tongod.
tqvm
Bangsa Sundayo juga tergolong dalam kategori Bangsa Sungai
ReplyDeleteTinagas ni silap masuk group ni, tinagas ni rumpun dari dusun direct keturunan dari org2 berhijrah dari nunuk ragang... Tina(Tinan bermaksud org/badan), Nagas(Nagas bermaksud kawasan muara2 sungai yg berbatu batu) jadi terjadi lar pangilan suku ini Tinagas. Harap maklum yah..
ReplyDeleteMoyang kami dlu banyak yg boleh bertutur bahasa lingkabau dan ada yg berkhawin sesama mereka...Tpi kmi x pernah lupa asal kami org Tinagas...
DeleteOnoh walon muno yuk.? ( Kamu buat apa.?)
DeleteTinagas - Nunu mangan nu
Moingin aku soh ikau ( Saya suka kamu)
Tinagas - Rumaee oku dika
Somboh ongkiat mu.? (Kamu dari mana.?)
Tinagas - Songo antadonnu
Bahasa kami lebih kepada Dusunic Berbanding dgn Paitinic/Sungai...
Semua Rumpun/suku kaum di Sabah telah bersetuju dgn membuat undian dengan menyatukan semua suku menjadi satu bangsa semasa dlm proses utk memerdekakan sabah dengan menamakan "Kadazan" sebagai bangsa utk sub etnik di seluruh sabah.Perkataan kadazan juga dipetik oleh salah satu suku kaum sungai kalabuan kerana berada di tengah2 sabah.pelbagai spekulasi yg diberi atas maksud "kadazan" ini sesetengah menyatakan ia bermaksud "Semangat/jiwa dewa" dan segelintirnya menyatakan ia adalah "kadzon" iaitu dikenali oleh british sebagai "Cousin" iaitu anak kepada seseorang pakcik atau makcik.
ReplyDeleteAugust 7, 1961 National Kadazan Congress, resolved by overwhelming majority votes that "orang sungai" too are “Kadazans”
The Kadazandusun Language Resolution 1995.
1.3.1. KADAZANDUSUN – The Official Name of the Language of the Kadazandusuns (January 24, 1995)
1.3.2. BUNDULIWAN – The Official Dialect of the Kadazandusun Language (April 11, 1995)
Kadazans as the definitive indigenous peoples of Sabah comprising the following dialectical ethnic groups:
Bisaya, Bonggi, Bundu, Dumpas, Gana, GaroIda’an, Kadayan, Kimaragang, Kolobuan, Kuijau, Lingkabau, Liwan, Lobu, Lotud, Lundayo, Makiang,Malapi, Mangkaak, Minokok, Murut, Nabai, Paitan, Pingas, Rumanau, Simunul, Rungus, Sinobu, Sinorupu, Sonsogon,Ubian, Sukang, Sungei, lTatana, Tangara, Tidong, Tindal, Tobilung, Tolinting, Tombonuo, Tuhawon, Tutung, Kubang, Omadal.